Sunday, 25 March 2018

Honest.

Cuti sekolah produktif; 10 hari cuti 1 hari di rumah. Perkampungan ilmu dari Jumaat ke Rabu, Rabu ke Jumaat ikut seminar di UKM, Jumaat dan Sabtu melarikan diri ke Ipoh untuk 'short escape' katanya. HAHA acah je nak jauh dari bullshits dunia.

Perkampungan ilmu yang terakhir sepanjang hidup sekolah menengah. Boleh tahan tepu la. DUDUK SEBELAH BATCH LEADER MERANGKAP HEADGIRL TAKKAN NAK MAIN PHONE EN. Effort la juga nak terus hidup menghadap buku & fokus waktu cikgu mengajar 24/7. P/s: Sorry yateb, there were times when you were sleepy, i was playing with my phone. 

Facts #1: I can only stay focus on something for 1h 30mins. If exceeds, i need distraction macam food ke phone ke, main jap 5 minit, then saya boleh pay attention balik lol 

Facts #2: I am not the one who demands a silent surrounding to start studying. AKU SUKA STUDY KAT MAMAK KUT. Tanyalah member member saya, they know. In class, i was the one yang akan selalu jerit jawab soalan cikgu, jerit bila faham something yang cikgu ajar. Ye, jerit. Seronok sekolah satu gender ni haha. Bagi aku, jerit boleh hilangkan ngantuk aku + orang sekeliling aku. Ask Bal & Mirr, they witnessed. 


Rabu after bio terus gerak UKM. Rushing dobo, dah la before balik ada kes kat sekolah, menyesal la juga sekejap sebab berjawatan pkr haha. Ayah drive 30 mins je kut from Enstek to UKM. Bawa baju pun 2 helai seluar 1, reda je masuk seminar dengan tak lunchnya. DAH LA PHYSICS WOI. But thank god, ada masa nak tukar daripada baju korprat sekolah yang serupa pekerja petronas tu. 

Orang tanya; tak penat ke? Saya cakap, ''tak, orang orang kat sini yang bagi tenaga untuk saya'' Ceh sumpah poyo nak mati jawapan. P/s: if ada la budak seminar yang baca ni, jangan perasan eh, percaya boleh.

Mula mula nak balik lepas physics tapi disebabkan next seminar bulan 6, takpelah kan gigihkan sejarah waktu malam tu walaupun mama tak stop ws suruh balik sebab ada appointment ortho kena pergi sabtu HAHA.

End up sabtu tak pergi pun ortho, lari ke Ipoh ada la lol. Tetiba pulak depressed datang. Seriously malam sabtu tu ((bukan sabtu malam eh)) broken nak mati. Ok kalau nak sambung baca sambunglah. Tapi saya warning saya akan terus menaip dalam keadaan emosi tak stabil. Tangan shaking ni. Perempuan.

Throughout 10 days of the school break, I observed & witnessed so many. 

#1 Selfishness exists. Kawan sebelah kau tertidur, kau buat tak tahu je. Kawan sebelah kau main ipad, kau tak peduli. You know what, if you wanna go fast, go alone. But if you wanna go far, go together. Tak boleh selfish la weh hidup ni. Kejutkanlah kawan yang tertidur tu. Mungkin tenaga dia tak sekuat kita untuk belajar sepanjang hari. Tak salah pun tanya dia ok ke tak, ajak dia study sama sama. Pahala yang ada.

#2 You cant achieve straight As in SPM only with 24/7 of studying. Stop reading bio score during the gap between maghrib & isyak. Dah lah qiam pun benda first yang kau cari module physics. Imam Malik ajar, 1/3 belajar, 1/3 rehat, 1/3 ibadah. Nak berjaya macam mana kalau 3/3 belajar. Ingat, yang bagi ilmu tu siapa, yang izinkan minda dan hati kau terbuka untuk terima ilmu tu siapa. Carilah yang ciptakan kau dulu. Yang pegang hati kau. Tak salah nak belajar, tapi tak salah juga kalau sebelum mula morning up tu solat tahajud dulu ke, baca Quran dulu ke. Doa la Allah lapangkan dada tu, mudahkan awak terima ilmu yang cikgu bagi.

#3 Is it impossible to find a girl who do not curse nowadays? Sikit sikit sial, terkejut je babi dapat nama. Tak cantik weh. Memang tak senang nak ubah, tapi kalau kau niat betul, usaha betul, takkan Allah taknak tolong. Bukan nak cakap aku baik, aku pun pernah je bocor sekali dua, tapi lepas tak sengaja tu istighfar la balik. Ustazah aku ajar, terlepas je 1 carut, istighfar 50 kali. Dengan niat, taknak ulang lagi. Biar tak lawa, mulut jaga. Mak saya kata perempuan mulut celupar ni tak boleh buat isteri. HAHA KALAU NAK KAWIN KENA STOP CARUT LAH YE GUYS.

#4 Stay away from things that can destroy you. Nampak kawan buat benda salah, tau benda tu salah, jangan ikut. Kalau dia betul kawan yang baik, dia faham kenapa kau tak ikut dia. Bila orang tegur, terima, cari positive side.

#5 Ada beza orang yang main sambil belajar, dengan orang yang main main waktu belajar. Apa salahnya reward diri tu Mineski lepas seharian kelas fizik? Better dia belajar dalam kelas seharian, pastu pergi lepak lepas kelas daripada awak yang main phone sepanjang kelas, pastu ada hati nak kecam orang. Janganlah kecam ee. Lain orang lain cara do. Kau jenis yang lepas belajar seharian, reward kau tidur, tidur la. Tak perlu memekak maki yang pergi melagha kejap lepas habis kelas ni. Main game je do. Tengok movie je do. Salah langkah kalau kau sembang dengan aku, selalu lepas study aku reward diri tengok epl  gi mamak semua.

#6 Mind your words. You can say something hurtful in 10 seconds and 10 years later the wounds are still there. Be someone who demands for forgiveness. Sedar kata kata diri tu pernah buat orang terasa, minta maaf sampai dia maafkan. Ada kan rasa tak tenang selagi dia tak maafkan. Tau tak kalau kita buat dosa pada manusia, dosa tu takkan terhapus dengan solat taubat sekali pun selagi orang tu tak maafkan awak?

#7 Manusia semua sama - itu sebabnya saya tak suka dedahkan identiti sekolah. Jangan salah faham. Orang pandang darjat berbeza. Padahal semua sama. Lily waktu tau yang sebenar, shook gila. Tetiba jadi look up. Mulalah tanya banyak soalan - soalan yang sama setiap kali berjumpa dengan orang berbeza dan beritahu dari sekolah mana. Sekolah saya tak hebat la, srs talk.

Dan akhirnya saya melarikan diri ke gua, dengan harapan segala bullshits dunia ni jauh dari pandangan, biar hati ni tenang sikit. Thats it guys, ini mungkin yang terakhir sebelum spm, mohon maaf atas segala salah kata saya yang buat sesiapa terasa, mohon halal makan minum yang pernah dipayung, kalau saya ada hutang roger, kalau tak settle anything boleh roger gak ;)